Monday, January 16, 2012

sesat

~matlamat hidup itu penting~
seorang pemuda tersesat semasa memandu menelusuri sebuah bandar metropolitan yg tidak pernah dilaluinya. 
  dia cuda mencari jalan keluar,namun semakin sesat. di kiri kanannya hanya kelihatan bangunan tinggi puluhan tingkat. akhirnya,dia berhenti di bahu jalan utk bertanya seorang penjual surat khabar: "pakcik, jalan lurus di depan ini menuju kemana?" tanyanya.
   "anak ini nak pergi kemana ?" soalan berbalas soalan.
    "saya tak pasti. oh ya pakcik,macam mana saya nak keluar dari bandar ini? saya org baru disini.saya pening dengan jalan sehala dan sya tak faham jalan untuk berpatah balik"
    "anak ini nak menuju kemana?"pakcik itu masih tetap dengan soalannya.
pemuda itu melilau lilau menoleh ke kanan dan kekiri,seolah memikirkan sesuatu.
     "macam mana saya hendak menuju je lebuh raya terdekat?"tanya anak muda itu pula.
     "anak ini sebenarnya nak menuju kemana?"
     "sebenarnya saya tak pasti destinasi saya...."
      "kalau begitu,kamu ambil mana-mana jalan yang kamu suka".

p/s : tanpa matlamat akhir, kita tidak akn ke mana-mana. tanpa matlamat akhir juga,kita tidak akan menyusun strategi padu untuk menuju matlamat tersebut..set your goals!



No comments:

Post a Comment